Wanita...
Kita dicipta dengan kemuliaan syahadah...
Kerana benih seorang lelaki...
Kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga
Sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu
Untuk melihat dunia...
Kerana benih seorang lelaki...
Kita ini ditiupkan jiwa menjadi manusia
Dan mencari seorang lelaki untuk dicintai
Sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan
Untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta
Kita wanita diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki
Tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki
Tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah,
Kita terbit daripada rusuk lelaki
Bukan dekat kepala untuk dijunjungi
Bukan dekat bahu untuk membebani
Bukan dekat lengan untuk dijulangi
Bukan dekat jari untuk disakiti
Bukan dekat pinggul untuk dihenyaki
Bukan dekat lutut untuk ditindihi
Bukan dekat kaki untuk ditunggangi
Tetapi dekat pelusuk hati
Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang
Kita adalah angin lembut
Yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadianTuhan
Wanita itu kebergantungan hidupnya
Harus saja diserahkan
Kepada seorang lelaki yang boleh melindungi
Maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.
Kita mahu terus bersama-sama
Terbang dari rendah perkebunan bunga
Sehingga ke sayup langit terbuka
Sehingga jalannya yang paling hujung
Sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
💿 Herunterladen Cargo Ganzer Film Frei
5 years ago
0 comments:
Post a Comment